`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 28, 2013

Berita dari Pulau Pinang yang tak akan disiar Utusan dan TV3..


Seramai 2,373 pemandu teksi menerima insentif sebanyak RM600 daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, semalam.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai menghargai peranan mereka dalam negeri seperti mana yang terkandung dalam manifesto PR pada PRU-13 lalu.

Menurutnya, bayaran insentif itu akan dilakukan dua kali setahun iaitu RM300 untuk penggal pertama dan selebih akan diberi pada awal Januari tahun depan.

“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.

“Jika didapati ada aduan mengenai salah laku, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik balik baki insentif itu, jadi mereka perlu memastikan khidmat yang diberi sentiasa berada pada tahap terbaik kepada pengguna,” katanya selepas menyerahkan insentif di daerah Timur Laut, semalam.

Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa menerima insentif berkenaan.

Guan Eng juga berharap sumbangan itu mampu meringankan beban mereka terutama kepada yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. ~ Roketkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.