`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 12, 2013

hangpa pelekeh agama hangpa sendiri kata Hukuman rasuah SPRM lebih berat berbanding undang-undang syariah...apa punya banggang menteri pencopet zakat nie....!!!!

Hukuman rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 lebih berat jika dibandingkan dengan hukuman di bawah undang-undang syariah di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata hukuman atau penalti bagi kesalahan memberi atau menerima suapan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24 Akta SPRM 2009 lebih tinggi berbanding hukuman di bawah undang-undang syariah.
"Ini jelas menunjukkan bahawa hukuman bagi jenayah rasuah lebih tinggi berbanding dengan hukuman yang boleh dilaksanakan di bawah undang-undang syariah yang berkuat kuasa di negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat kelmarin
Beliau berkata demikian bagi menjawab cadangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang menyarankan supaya kesalahan rasuah dimasukkan dalam undang-undang syariah.
Jamil Khir berkata, di bawah Akta SPRM 2009, hukuman atau penalti bagi kesalahan memberi atau menerima suapan apabila disabitkan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.


penyapu sial


depa nak mengajar kunun undang undang manusia lagi keras dari hukuman dari Allah SWT tetapkan...cuba jelaskan hukuman syariah yang mana menyatakan lebih lembut dari hukuman SPRM...jangan cakap ajer lebih...kalau ada pun ada undang undang syariah tu...kena siasat adakah ianya rekaan manusia yang bertopengkan islam atau undang undang islam sebenarnya...
sedangkan kita sebagai rakyat tau...undang undang syariah yang ada di negara sekarang ini adalah semata mata ambil yang sekerat dan buang yang sekerat ikut citarasa...demi untuk menipu tuhan dan menyelamatkan kroni yang terlibat dengan jenayah syariah...
nampak gaya pencopet duit zakat nie cuba memperlekehkan islam...tak nak laksana hukum islam tak pa la...tapi jangan perlekehkan pulak...agaknya suatu hari nanti ada pulak yang berkata denda RM 1 juta lebih berat dari potong tangan kerana rasuah atau merompak wang rakyat....!!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.