`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 17, 2013

‘Jom Shopping’: Selangor bagi RM2.8 juta

Kupon akan diperuntukkan kepada 500 keluarga bagi setiap 56 kawasan DUN
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM2.8 juta melalui program ‘Jom Shopping’ untuk dibelanjakan golongan kurang berkemampuan sebagaipersediaan Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kupon beli belah bernilai RM100 akan diberi kepada 28,000 keluarga yang berpendapatan isi rumah RM1,500 kebawah.
“Kupon akan diperuntukkan kepada 500 keluarga bagi setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk kawasan dibawah Barisan Nasional (BN),” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.
‘Jom Shopping’ merupakan salah satu program dibawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan kerajaan negeri Pakatan
Rakyat sejak lima tahun lalu.
Abdul Khalid berkata, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan kupon tersebut perlu mendaftar mengisi borang di Pusat Khidmat kawasan masing-masing.
Kemudiannya kupon akan diedarkan kepada penerima layak oleh wakil rakyat setiap kawasan, manakala Pegawai Penyelaras bagi kawasan DUN pembangkang (BN).
“Kerajaan komited untuk meneruskan programkebajikan dibawah MES yang ternyata mendapat sambutan dan memberi manfaat kepada ramai rakyat negeri ini,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai bonus raya bagi kakitangan awam negeri, beliau berkata pihaknya masih menunggu pengumuman Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum memutuskan untuk memberikannya kepada penjawat awam termasuk kakitangan syarikat anak negeri (GLC).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.