`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, July 23, 2013

Napisah tidak kelihatan di Kuala Besut

Sebab itulah Muslimat PAS Kawasan Besut dikatakan memboikot pilihanraya kecil tersebut
KUALA BESUT: Bekas calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Mei lalu, Napisah Ismail tidak kelihatan sepanjang kempen pilihanraya kecil Kuala Besut ini.
Free Malaysia Today berusaha untuk mengesan Napisah tetapi tidak berjaya. Pemerhati politik percaya beliau merajuk kerana tidak diberi peluang bertanding sekali lagi.
Sebab itulah  Muslimat PAS Kawasan Besut dikatakan memboikot pilihanraya kecil tersebut.
Dua bulan lepas, Napisah yang juga seorang suri rumah selaku calon pertama wanita PAS di Terengganu berhadapan dengan calon BN, Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar. Beliau mendapat  6,375  undi kurang 2,434 undi daripada undi yang dikutip Dr Rahman sebanyak    8,809   undi.
Pada pilihanraya kecil Kuala Besut yang akan diadakan esok, PAS meletakkan Azlan Yusof menentang calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Rahman. Seramai 17,679 pengundi akan keluar mengundi pada hari esok.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.