`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, July 28, 2013

Percubaan bunuh petanda MyWatch ada link dengan 'gangster'


Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan a/l Ramakrishnan telah ditembak malam tadi. ada blogger-blogger yang sudah laporkan. Flying Kick ada melaporkan hal ini:

Kejadian berlaku di Taman Awana Indah, Bahau.

R. Sri Sanjeevan yang merupakan Pengerusi MyWatch ketika itu sedang memandu kereta BMW berwarna perak dengan nombor pendaftaran SS51P. Dia menurunkan tingkap untuk menghisap rokok. Bersama-samanya di dalam kereta adalah Ramesh Balakrishnan yang merupakan rakannya.

Sanjeevan baru sahaja mengambil Ramesh di taman permahan tersebut untuk keluar minum di pekan Bahau.

Ketika itulah, muncul sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua orang lelaki India yang tidak dikenali. Motosikal tersebut telah memotong kereta yang dipandu oleh Sanjeevan. Apabila berada bersebelahan, pembonceng motosikal tersebut telah mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan, mengenai rusuk kanan Sanjeevan. Tembakan tersebut telah menyebabkan Sanjeevan memperlahankan kenderaannya.

Motosikal itu kemudiannya memecut dan berhenti di hadapan kereta yang dipandu Sanjeevan. Pemboncengnya turun dan mengacukan pistol ke arah Sanjeevan. Bagaimanapun, Sanjeevan berjaya memeceut keretanya.

Kedua-dua lelaki India yang bermotosikal itu kemudiannya berpatah balik menghala ke Rompin dan melarikan diri. Lebih kurang 300 meter, Ramesh berjaya menghentikan kereta yang dipandu oleh Sanjeevan. Dia kemudiannya mengalihkan Sanjeevan ke bahagian belakang kereta. Ramesh memandu kereta itu dan terus ke Hospital Jempol.

Sanjeevan dilaporkan dalam keadaan kritikal dan dijangka akan dihantar ke Hospital Besar Kuala Pilah.

----------------

Komen kami:

Sri Sanjeevan a/l Ramakrishnan atau R Sri Sanjeevan kuat mengutuk polis dan mengambil kesempatan dari kesediaan tan sri Musa hasan untuk menjadi penaung.

Mereka pernah menyifatkan Ordinan Darurat sebagai 'perkara paling karut' selain ISA yang disifatkan sebagai 'akta terkejam di dunia' hari ini. Akhirnya mereka menerima padah daripada mulutnya sendiri dan rasai perjuangan mereka untuk menghapuskan EO dan ISA akhirnya hampir meregut nyawa sendiri.

Pembangkang tak akan ngaku salah tapi harap-harap dalam hati, mereka sedar akan perlunya EO dan ISA dalam membenteras jenayah dan penjenayah. Kalau pembangkang tak paham, sekurang-kurangnya pihak di atas dalam kerajaan yang asyik nak menjenamakan semua undang-undang pencegahan, sedar betapa bahlol tindakan mereka.

Setiap bulan jika tidak hari, ada saja kegiatan jenayah berat khususnya pembunuhan berlaku. Sampaikan ragut handbag pun sudah syndicate yang tersusun dan teratur lebih dari PEMANDU dengan konsultan hebat dunia Boston Consulting dan Mckinsey.

Tak payah Idris Jala-ng nak temberang dan tunjukkan data dan carta mengenai jenayah. Turunlah ke bumi nyata.

Satu perkara harus diketahui serta merta adalah ini adalah kerja  pembunuh professional. 

Dan satu lagi perkara harus difahami adalah gangster tak sewenang-wenang bunuh orang ramai sesuka hati. Mereka tak bunuh rakyat biasa, walaupun orang itu bersuara mengenai nak benteras jenayah.

Gangster bunuh kumpulan gangster yang bersaing dengan mereka. Maka, apa kita boleh katakan mengenai Sri Sanjeevan dan MyWatch? jangan mudah percaya laporan kononnya mereka diugut kerana telah terpijak atas banyak kaki-kaki pihak berkepentinagn. Baca FMT SINI 

Selain FMT, MyWatch sering mendpaat publicity dari media online pro pembangkang. Malahan Selangor Ku tajaan kerajaan negeri Selangor pun turut terlibat. Baca SINI.

Siapa tak tahu kerajaan Selangor berkait rapat dan membela kegiatan haram.

Memendikkan cerita, berkemungkinan besar MyWatch bukan bersuara menuntut benteras tapi kedua keling kepala MyWatch adalah sendirinya kumpulan ORGANISED CRIME yang mahu memonopoli perniagaan berkaitan kegiatan haram. 

Harap Tan Sri Musa Hasan undur diri dari jadi Penasihat kepada MyWatch yang merupakan NGO satelit PKR. betul dia mengenali mereka lama sebelum mereka terlibat dalam politik, tapi ini hanya menimbulkan andaian masyarakat. Hishamuddin pun sudah tiada lagi di KDN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.