`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 23, 2013

Peserta Ratu Cantik Muslim Nekad Tolak Fatwa, Tetap Teruskan Pertandingan.

HAHAHAHAHA..



Aku tatau nak cakap apa dah. Aku serba salah dalam kes neh. Dari sudut pandang ratu cantik neh dan dari sudut pandang manusia biasa yang menganuti Islam. Macam mana nak cakap dengan tepat ek? Jap aku fikirkan.

Sebelum tue baca neh dulu ;
Empat gadis Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatal penyertaan mereka berkeras untuk terus bertanding merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.
Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.
“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik tetapi saya dimaklumkan penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya dipetik dari akhbar berbahasa Melayu, Berita Harian.
Sementara seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan penganjur yang membatalkan penyertaan mereka. “Saya terharu melihat penganjur berusaha mempertahan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.
“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya.
Penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.
Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik. – 23 Julai, 2013.

Oke macam neh. Aku dah tahu dah. Kita suka tak suka kita kena terima apa yang dah ditetapkan dalam Islam kalau benda tue wajib ia wajib. Kalau benda tue HARAM maka ia HARAM. Hanya kerana ada orang lain bersikap tidak adil, melakukan undang2 terpilih, melakukan keputusan bias, tidak bermaksud apa yang Allah tetapkan itu menjadi satu kesalahan. 

Dalam kes neh meskipun negara kita, undang2 kita, mufti kita, pemimpin2 kita bersikap double standard itu bukan alasan untuk kita menolak apa yang telah diwajibkan ke atas kita. Suka tak suka keempat2 peserta ratu cantik kena faham bahawa mereka tak sepatutnya menyertai pertandingan ratu cantik neh bukan atas alasan fatwa semata2 sebaliknya kerana ia melanggar syariat Islam contohnya, seperti berpakaian seksi. Tak pakai bikini bukan bermaksud tak seksi kan?

Bagaimana pula dengan solat? Hah. Malas aku nak ulas secara kompleks. So kena faham sendiri2 la. Aku tak gemar menilai bab2 akidah orang lain neh. Aku suka jaga akidah aku jek.  Then dalam pada itu, persoalan yang dibangkitkan oleh peserta2 ratu cantik neh wajar difikirkan secara kritis oleh mufti2 di negara neh.
 
Bila benda tue melibatkan orang awam / rakyat biasa yang tiada kepentingan, kuasa, pangkat, harta, duit dan kedudukan, kemain ko beria2 dan tegas untuk melaksanakan fatwa tersebut. Walaupun tiada enakmen undang2 untuk menyokong dasar fatwa tersebut.
 
Tapi bila benda tue melibatkan BN, pemimpin yang berkuasa, ada harta, taraf VVIP, orang kaya, kepentingan peniaga, orang2 tertentu ko kendur dalam melaksanakan fatwa. Meskipun terdapat enakmen2 tertentu yang dibuat untuk menyokong tindakan ke atas pesalah2 / pelanggar2 fatwa tersebut.
 
Contoh mudah, fatwa rokok. Contoh kompleks isu demo dan ketidakadilan polisi dan sistem kerajaan yang seringkali dihadapi oleh rakyat terbanyak di negara neh.
 
Maka persoalan2 oleh peserta ratu2 cantik Malaysia memang ada kewajaran nya. Aku teringat kata2 Dr. Zakir Naik. Masyarakat berpecah, bergaduh, bertelingkah disebabkan undang2 menghukum secara tidak adil. Bila ketidakadilan mula berlaku, maka kita boleh tengok masyarakat rosak. Undang2 benda yang sangat2 penting untuk kita tekankan sebab itu dalam prinsip pentadbiran Islam, keadilan adalah benda paling utama. Ia bukan benda yang sia2. Allah ada sebabNya. Hanya kita jek yang malas mengambil tahu. Fikir2kan


-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.