`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 26, 2013

Protes di Baram

Komuniti di Kampung Long Panai Tutoh di Baram mendakwa tanah adat mereka di cerobohi Syarikat Pusaka KTS Forest walaupun kes masih di mahkamah.
VIDEO INSIDE
Oleh William Mangor
BARAM: Penduduk Kampung Long Panai, Tutoh, Baram semakin hilang sabar dan mengadakan protes terhadap Syarikat Pusaka KTS Forests (PKTS) Plantation Sdn. Bhd yang mereka dakwa telah mencerobohi tanah adat di sini.
Jurucakap masyarakat di Long Panai, Jau Laing memaklumkan bahawa protes tersebut di adakan pada Julai 24 lepas.
Laing berkata PKTS diberikan lesen sementara (provincial license) untuk mengendalikan tanah adat bumiputera dibawah kategori penanaman hutan.
Tetapi pada realitinya mereka melakukannya untuk tujuan penanaman kelapa sawit.
Kes ini dibawa ke mahkamah sejak tahun 2009 tetapi masih tertangguh sampai sekarang. Kes ini dikendalikan oleh peguam Harrison Ngau.
Mengikut dokumen, PKTS diberi lesen oleh kerajaan negeri untuk membangunkan hutan.
Syarikat ini merupakan usahasama antara Sarawak Timber Corporation dan KTS Holding Sdn. Bhd.
Kawasan tejejas sekitar 11,000 hektar dan didiami lebih kurang 1000 orang.
Sejak akhir-akhir ini pengambilan tanah semakin agresif kerana menyahut visi Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud untuk menanam satu juta hektar (hutan) menjelang tahun 2020.
Tambahan, ini bukan merupakan kes pertama pengambilan tanah di Sarawak.
Kes yang paling popular ialah kes tanah di Ulu Sebangan, Sebuyau dan Melikin di Simunjan/Serian
Dua syarikat yang terlibat – Quality Concrete Sdn Bhd dan Loyal Billion Sdn Bhd – di pimpin oleh adik perempuan Taib – Roziah Mahmud.
Sehingga kini, maklumat yang diterima dari pelbagai sumber termasuk dari Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) menjelaskan terdapat 200 kes yang masih tertangguh di makamah dan meningkat dari hari ke hari.
Kerajaan negeri menyasarkan antara tujuh hingga lapan juta hektar bagi membangunkan hutan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.