`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 5, 2013

Siapa Razali Ibrahim untuk berbincang dengan saya?

Ibrahim Ali menolak pelawaan Pemuda Umno untuk mengadakan perbincangan.
PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hari ini menolak pelawaan Pemuda Umno untuk mengadakan perbincangan ekoran kenyataan beliau menyelar Umno kerana meminggirkan Perkasa.
Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah bahawa tiada sebab bertemu Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim.
“Terima kasihlah, tetapi saya rasa tidak ada perlunya untuk kami berbincang. Razali belum lahir lagi masa saya sudah berjuang dalam Pemuda Umno.
“Elok Razali bertemu Irwan Fahmi Ideris,Ketua Wira Perkasa,sama sama anak muda. Jika tiada apa-apa untuk dibincangkan tentang hal kepentingan bangsa, boleh pergi main snooker,” Ibrahim menambah.
Dalam pada itu, Ibrahim turut menyangkal dakwaan bahawa beliau marah terhadap parti Melayu terbesar itu.
“Saya tak marah, kenyataan saya mewakili Ahli Dewan Tertinggi Perkasa. Saya bukan budak-budak yang nak marah tidak tentu pasal. Apabila saya ditahan di bawah akta ISA pada tahun 1987 juga saya tidak marah. Jaga mulut sikit, jika tak tahu apa-apa tak perlu lah bercakap,” ujar beliau.
Pada Rabu lepas, Ibrahim menempelak Umno kerana didakwa meminggirkan Perkasa. Beliau berkata Umno serta Barisan Nasional lebih memberi perhatian kepada kumpulan pendesak yang dilihat biadap terhadap orang Melayu.
Sehubungan itu, Ibrahim telah memberi amaran untuk mengambil langkah yang lebih drastik jika keadaan tidak berubah.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.