`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 17, 2013

Tanah runtuh: Rupanya nenek yang tertimbus

Laporan awal mengatakan empat dikhuatiri hilang
Oleh Kevin Ivan
KUNDASANG: Budak perempuan yang dikhuatiri tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di kampung Mesilou, kira-kira enam kilometer dari sini semalam, rupanya seorang nenek berumur 78 tahun.
Mayat Dohumie Kintie berjaya ditemui dalam timbunan tanah pada jam 12.13 tengah hari tadi
Sebuah jengkaut operasi mencari berjaya mengeluarkan mayat nenek itu yang tertimbus sedalam kira-kira 10 kaki di bawah timbunan tanah runtuh.
Semalam FMT melaporkan seorang budak perempuan dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut.
Mayat Dohumie kini dibawa pihak polis ke Hospital Daerah Ranau untuk bedah siasat.
Jurucakap bomba Ranau ketika mengesahkan kejadian tersebut berkata laporan awal semalam yang menyatakan seorang budak perempuan mungkin tertimbus adalah tidak tepat kerana tiada lagi mangsa lain dikhuatiri ada di tempat kejadian pagi semalam itu.
“Laporan awal pun mengatakan penduduk kampung khuatir ada empat orang dikhuatiri “hilang” tetapi sebenarnya hanya seorang nenek berada di pondok kebun bila tanah runtuh berlaku.
“Pihak polis, bomba dan jabatan pertahanan awam bersama puluhan orang kampung sama-sama mengorek kawasan tanah dari awal pagi dan berjaya menemui mayat menjelang tengah hari,” katanya kepada FMT.
Kejadian tanah runtuh itu melibatkan kawasan seekar tanah yang agak curam di lereng bukit di kampung Mesilou yang juga terkenal dengan pusat peranginan dan tanam-tanaman berhawa dingin itu.
Sebelum kejadian semalam, Kondumie dilaporkan telah pergi mengutip buah strawbery di kebun keluarganya dan dipercayai sedang berehat di pondok ketika hujan bila tiba-tiba tanah di situ bergerak dan seterusnya runtuh.
Selain National Park di Kundasang, Kampung Mesilou merupakan satu-satunya pintu masuk alternatif pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di negara ini.
Terdapat banyak pusat peranginan dan hotel serta chalet di lereng bukit perkampungan Mesilou, termasuklah perladangan lembu tenusu Desa Cattle.
Setakat ini tiada pusat peranginan terjejas setakat ini oleh kejadian tanah runtuh itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.