`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 27, 2013

[Video] Jurulatih Buaya Mujur Tidak Hilang Kepala


[HM] Samut Prakan: Seorang jurulatih di ladang ternak buaya yang popular di kalangan pelancong bernasib baik apabila terselamat daripada mengalami cedera parah selepas seekor reptilia itu menutup mulutnya dengan pantas ketika kepala jurulatih berkenaan berada di dalam.

Uthen Youngprapakorn, pemilik Ladang Buaya dan Zoo Samut Prakan berkata, kejadian yang dirakam seorang pelancong itu berlaku Ahad lalu.

Menurutnya, jurulatih buaya berusia 27 tahun, Pravit Suebmee mengalami kesan gigitan pada muka dan leher tetapi tidak serius.

Uthen berkata, Pravit mempunyai pengalaman lapan tahun melatih buaya dan kejadian Ahad lalu adalah yang paling mengerikan pernah dihadapinya. 

Selepas kejadian itu, Pravit memberitahu Uthen, ia mungkin berlaku selepas dia memasukkan kepalanya dalam mulut buaya seperti yang biasa dilakukan dalam pertunjukan sebelum ini. 

Tetapi Ahad lalu, tangannya tergelincir lalu tersentuh bahagian lain buaya berkenaan, menyebabkan reptilia itu terkejut dan menutup mulutnya serta-merta. - AP




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.