`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, December 3, 2016

Najib, kenalilah musuh yang sebenarnya

Image result for najib

Sesungguhnya PM Najib sudah sampai waktu untuk berundur. Terlalu banyak masalah yang beliau lakukan terhadap banyak manusia termasuk seluruh rakyat Malaysia. Dalam transaksi yang 1MDB lakukan seluruh dunia banyak orang dan pegawai-pegawai bank yang terlibat dengan kerja kotor 1MDB anjuran Najib telah di buang kerja dan setengahnya sedang menghadapi undang-undang di negara masing-masing

Rakyat sangat susah kehidupan mereka sekarang ini tetapi dalam masa yang sama kita melihat dan mendengar Jho Lo dan sekutunya darti negara Arab sedang berpoya-poya di seluruh dunia dengan hasil yang mereka dapati secara haram dari rakyat kita. Tidak akan berlaku perkara ini jika Najib yang mempunyai seluruh kuasa dan pengaruh dalam 1MDB itu tidak bersekongkol dengan mereka yang merompak dan menyamun khazanah negara kita ini.

Rakyat Malaysia telah dan masih membayar segala tindakan berpoya-poya kumpulan ini dan dalam masa yang sama sedang berhempas pulas menyambung hidup mereka dalam kesusahan. Jho Lo dengan sekutu sekutunya di negara Arab berpoya-poya tetapi yang membayar harga mereka berpoya itu adalah rakyat Malaysia.

Najib perlu berhenti dengan cara baik. Kata orang biar jatuh terduduk dari terhempas. Kita perlu ingat dosa-dosa yang kita lakukan akan berpindah kepada anak-anak dan keturunan kita jika kita tidak sempat bertaubat sebelum mati.

Elok Najib berundur sekarang. Jika berundur sekarang ini setidak-tidaknya pemergiannya akan nampak belakangnya seperti beliau datang dahulu yang kita nampak mukanya. Tinggalkan lah kebaikan buat kali pertamanya dan janganlah biarkan rakyat menderita dalam kesusahan.

Najib perlu insaf diatas segala kemungkaran yang beliau lakukan dan hentikanlah menyalahkan orang lain kerana kesalahan diri sendiri. Jangan menganggap orang yang mengkritik secara terbuka itu musuh yang ketat kerana musuh saudara yang sebenarnya berada disisi saudara sendiri dalam kabinet itu. 

Dr Mahathir dan lain-lain itu adalah musuh saudara yang nyata tetapi yang lebih bahaya ialah musuh yang sama-sama dalam kabinet dan kerajaan yang beliau pimpin. Harimau yang mengintai dan menghendap itu lebih merbahaya dari singa yang datang secara berdepan.

Dalam perhimpunan yang sedang berjalan sekarang ini Najib sepatutnya nampak yang beliau sudah tidak dikehendaki lagi. Mereka hanya menunggu waktu untuk menerkam. Usahlah percaya kepada sesiapa yang menunjukan sokongan yang melampau seperti janjikan sokongan seratus satu peratus dan sebagainya.

Janganlah sudah terantuk baru hendak tengadah. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Umur dah panjang, takkanlah masih tidak faham yang saudara telah ditolak oleh sebahagian besar rakyat termasuk mereka yang menghadiri perhimpunan agong Umno itu.

Hanya setakat mengingatkan saudara sahaja, terpulanglah samada mahu mendengar atau tidak, Tepuk dada tanya selera…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.