`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, February 18, 2017

PIBG mohon ibu bapa derma 1 rim kertas A4 untuk kegunaan sekolah

SURAT jemputan rasmi ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 Sekolah Kebangsaan Seri Kelana menjadi viral di laman sosial Facebook dan Twitter kerana selain menjemput ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG, ia turut merayu sumbangan 1 rim kertas A4 70 g/m daripada ibu bapa pelajar.

Surat yang bertarikh 3 Februari 2017 itu, meminta ibu bapa supaya membawa bersama kertas A4 untuk diserahkan semasa hadir pada hari Mesyuarat Agung diadakan, iaitu pada 24 Februari 2017 nanti.


"Pihak kami juga mengharapkan tuan/puan dapat menyumbang 1 rim kertas A4 putih 70g/m bagi menampung kos percetakan untuk tujuan pengurusan dan pembelajaran."

"Sumbangan tersebut boleh diserahkan semasa tuan/puan hadir pada hari Mesyuarat Agung." tulis surat tersebut yang ditandatangani oleh Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG SK Seri Kelana, Seremban.


Sebelum ini pernah juga didedahkan tentang perkara serupa, di mana seorang ibu terkejut apabila dua orang anaknya meminta dibelikan kertas A4 seorang satu rim, dakwanya untuk disedekahkan kepada pihak sekolah.


Jika sebelum ini kertas yang diminta hanyalah untuk kegunaan peperiksaan, tapi nampaknya kali ini ia juga turut digunakan untuk tujuan pengurusan sekolah.

Inilah akibatnya bila peruntukan untuk pendidikan telah dipotong. Duit cukai GST berpuluh bilion nilainya setiap tahun entah ke mana disalurkan, sampaikan kertas A4 pun sekolah tak mampu nak sediakan.


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.