`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 19, 2017

Remaja berbasikal berlumba masuk lorong laju halang kenderaan (video)

SEKUMPULAN remaja berbasikal lewat malam bukan sahaja dirakam saling berlumba di jalanraya, malah mereka turut masuk ke lorong tengah jalan sekaligus menghalang pergerakan kenderaan di laluan laju.

Video rakaman itu tersebar di media sosial.

Melalui rakaman tersebut, dapat kita lihat bagaimana kumpulan remaja yang sedang asyik berlumba itu nampaknya langsung tidak peduli meskipun dihampiri oleh kereta yang sedang merakam aksi mereka dari arah belakang.


SCROLL KE BAWAH ARTIKEL UNTUK MENONTON VIDEO

Kalau dilihat daripada rakaman video yang dikongsikan, kumpulan remaja ini mula menunggang basikal ke tengah jalanraya (ke lorong laju) sebaik sahaja tiba di selekoh, sekali gus memaksa pemandu kereta memperlahankan kenderaannya. 


Turut kelihatan sekumpulan remaja berkumpul di bahu jalan sebelah kiri dalam keadaan berbahaya yang turut menghalang laluan kenderaan.

Bagi penduduk tempatan, tentu sudah faham benar, ada kawasan-kawasan tertentu mereka perlu lebih berhati-hati ketika memandu melalui jalan ini, kerana ada sekumpulan 'remaja rempit' sedang menikmati lajak kayuhan basikal sambil beraksi bersama rakan-rakan.

Namun bagi orang luar yang baru melalui kawasan ini, sering kali 'berderau darah' kerana hampir-hampir merempuh kumpulan remaja yang mungkin akan menunggang basikal ke tengah jalan secara tiba-tiba, bila-bila masa saja ikut suka hati mereka.

Daripada rakaman ini mungkin dapat memberi bayangan kepada kita bagaimana kejadian awal pagi semalam, di mana sekumpulan remaja berbasikal yang sedang berlumba dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang.


Tulisan ini bukanlah untuk mengkritik ataupun menyalahkan mana-mana pihak terhadap perkara yang sudah berlaku. Tetapi untuk dijadikan iktibar kepada ibu bapa yang selalu membiarkan anak-anak mereka beraksi di jalan raya seperti ini.

Bak kata Sultan Johor yang melawat keluarga mangsa kejadian itu semalam, 

"Biar anak-anak menangis hari ini, jangan ibubapa menangis kemudian hari,"

Berikut video yang dimaksudkan, sila klik button 'play' untuk menonton.




-.milosuam

1 comment:

  1. Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dapat Rp.6.30 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari AKI MANGKUBONO
    karena cuma beliaulah yang memberikan angka
    ghoibnya yang di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 200 ribu karna
    saya gak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya gak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angkanya karna 4X berturut-turut saya menang
    buat anda yang butuh angka 2d 3d 4d dijamin tembus
    hubungi di nomor hp: 085203333887 AKI MANGKUBONO
    saya jamin beliau akan membantu kesusahan
    anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih

    INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP AKI MANGKUBUNO NMR (_0_8_5_2_0_3_3_3_3_8_8_7) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRIM’S ROO,MX SOBAT

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.