`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, May 26, 2017

NAJIB ‘MENGHINA’ PAK LAH?

Dalam satu majlis perasmian Syarahan Tun Abdullah Badawi di Putrajaya hari ini, Najib Razak mengumumkan pemberian dana kerajaan sebanyak RM5 juta kepada bekas Perdana Menteri itu.
Pemberian itu diberikan kepada Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Badawi yang baru ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri itu.
“Saya ingin menghargai kesetiaan Pak Lah selama ini yang walau apa pun berlaku, beliau terus memberi sokongan padu dan berdiri teguh bersama saya, pihak kerajaan, UMNO dan Barisan Nasional serta tidak terlintas untuk mengkhianati parti, jauh sekali keluar meninggalkan UMNO.
“Saya bukan datang dengan tangan kosong. Saya ingin umumkan dana awalan RM5 juta pada legasi Pak Lah.
“Dana akan saya keluarkan tahun ini, kalau tahun hadapan ada rezeki,  saya akan tambah lagi,” kata Najib dalam ucapannya.
Apakah makna ucapan Najib itu?
Maknanya Najib memberi sumbangan RM5 juta itu adalah kerana kesetiaan Pak Lah yang terus menyokong beliau, UMNO serta kerajaan yang dipimpinnya dan bukan kerana menghargai jasa serta sumbangan bekas Perdana Menteri itu kepada negara.
Bukankah sebagai bekas Perdana Menteri, sumbangan yang diberikan atas apa juga pertubuhan yang dikaitkan dengan beliau, ia seharusnya menjurus kepada jasa dan peranannya selama ini dan bukan kerana kesetiaan semasa?
Bagaimana jika sekiranya sama ada sebelum dan ketika ini Pak Lah agak  kurang setia, bersikap kritikal terhadap isu-isu yang berlaku dalam negara atau hanya berdiam diri tidak pernah memuji  Najib, adakah dana RM5 juta tetap diberikan juga?
Najib seterusnya mengumumkan RM5 juta itu ialah untuk tahun ini dan jika ada rezeki, tahun depan beliau akan menambahnya lagi.
Sekali lagi, kesetiaan Pak Lah seperti cuba diikat lagi jika masih mahu mengharapkan dana daripada kerajaan untuk tahun depan.
Bukankah perbuatan Najib ini sebenarnya suatu “penghinaan”  kepada Pak Lah sebagai bekas Perdana Menteri?
Mengapa pemberian dana kepada seorang bekas Perdana Menteri perlu dikaitkan dengan kesetiaannya?
Tidakkah ia juga mirip dedak yang biasa Najib taburkan sebelum ini untuk membeli dan menghargai kesetiaan mereka yang menyokongnya?
Bukankah sebagai bekas Perdana Menteri, Pak Lah seharusnya berhak mendapat apa-apa bantuan atau sumbangan daripada kerajaan berkaitan program, syarahan atau untuk menyebarkan buah fikirannya yang berguna asalkan ia baik untuk kepentingan negara?
Adakah menyumbang untuk kebaikan negara mesti dikaitkan dengan kesetiaan kepada Perdana Menteri?
Budaya “cash is king”  yang menjadi falsafah perjuangan Najib nampaknya bukan sekadar digunakan untuk mengikat pemegang jawatan dalam parti dan kerajaan untuk terus setia kepadanya, malah kepada seorang bekas Perdana Menteri pun mahu diterapkannya juga.
Tak rasa terhinakah Pak Lah dengan tindakan Najib itu?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.