`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 25, 2017

Suami isteri maut nahas kereta

BOTA: Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki terbabas ke dalam parit di Kilometer 3, Jalan Bota Kanan-Parit, di Kampung Tenggala di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Iman @ Othman Ahmad, 78, dan Asah Hashim, 67, yang menaiki kereta jenis PERODUA Kelisa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata siasatan awal mendapati kereta dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Parit ke Bota Kanan.
Katanya, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum masuk ke dalam parit.
"Kedua-dua mangsa tersepit sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Keadaan kenderaan yang terbabas ke dalam parit di Kilometer 3, Jalan Bota Kanan-Parit dekat Kampung Padang Tenggala, Bota, tengah hari tadi dan menyebabkan sepasang suami isteri warga emas maut. - Foto ihsan Bomba© Provided by Media Prima Keadaan kenderaan yang terbabas ke dalam parit di Kilometer 3, Jalan Bota Kanan-Parit dekat Kampung Padang Tenggala, Bota, tengah hari tadi dan menyebabkan sepasang suami…
"Mayat dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini. hari ini.
Mohamad Zainal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit, Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 1 tengah hari.
Katanya, kedua-dua mangsa dikeluarkan menggunakan pemotong hidraulik.
© New Straits Times Press (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.