`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 22, 2017

22% atau 7.12 juta orang tidak bekerja di Malaysia

Peningkatan sebanyak 510,000 orang dalam tempoh 4 tahun itu terdiri daripada mereka yang melanjutkan pelajaran, suri rumah, pesara, orang kelainan upaya atau tidak berminat bekerja.
malaysia-1PETALING JAYA: Seramai 22% atau 7.12 juta daripada 32 juta populasi Malaysia tidak bekerja ketika ini, peningkatan sebanyak 510,000 orang dalam tempoh 4 tahun, kata Jabatan Perangkaan.
Bagaimanapun, kumpulan itu tidak boleh dianggap penganggur kerana ada di kalangan mereka yang melanjutkan pelajaran, suri rumah, pesara, orang kelainan upaya atau tidak berminat bekerja.
Sin Chew Daily memetik Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia dan Sosial di Jabatan Perangkaan sebagai berkata, kadar penyertaan tenaga buruh meningkat secara stabil sehingga 67.7% dan 7.12 juta orang yang tidak bekerja itu ialah tergolong dalam baki 32.3%.
Mengikut definisi Jabatan Perangkaan, populasi sesuai bekerja berada dalam lingkungan 15 hingga 64 tahun dan populasi tenaga buruh di Malaysia meningkat setiap tahun dengan suku ke-2 tahun ini mencecah 14.93 juta orang.
Daripada jumlah itu, seramai 14.41 juta orang mempunyai pekerjaan, dengan lelaki terdiri daripada 8.88 juta atau 62% dan selebihnya 38% atau 5.53 juta orang ialah wanita.
Seramai 511,600 orang hilang pekerjaan membabitkan penurunan seramai 2,600 orang berbanding suku pertama tahun ini.
Kadar pengangguran di kalangan generasi muda berusia 15 hingga 24 tahun tertinggi dan secara keseluruhan, wanita yang hilang pekerjaan lebih ramai daripada lelaki.
Walaupun dua pertiga daripada orang hilang pekerjaan berjaya mendapat kerja baru dalam tempoh 6 bulan, tetapi masih ada 8.5% yang menganggur selepas lebih setahun.
Daripada 5 sektor ekonomi terbesar negara, sebanyak 61.9% populasi bekerja dalam sektor perkhidmatan, pembuatan 16.9%, pertanian 11.8%, pembinaan 8.7% dan perlombongan 0.7%.
Dalam sektor perkhidmatan pula terbahagi kepada 10 industri dengan industri peruncitan mempunyai paling ramai tenaga kerja, iaitu 17.2% manakala 9.2% berkhidmat dalam industri makanan dan minuman (F&B). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.