`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, September 22, 2017

PAS tuduh Rahim Noor cuba timbul konflik di Sabah

Bekas KPN itu tidak faham cara hidup di Sabah, kata pesuruhjaya PAS.
Mohd-Aminuddin-Aling_Abdul-Rahim-Noor_00
PETALING JAYA: PAS membidas bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor selepas ucapan beliau baru-baru ini yang menyentuh isu melibatkan agama rasmi dan hubungannya dalam kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan Malaysia 5 dekad lalu.
“Saya yakin kenyataan ini berniat jahat dan cuba untuk memburukkan agama Islam. Tidak sepatutnya perkara yang sudah selesai lama ditimbulkan semula,” kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.
Beliau mengulas ucapan Rahim di sebuah forum di Kota Kinabalu, Rahim berkata idea Persekutuan Malaysia tidak berniat menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, kerana sekiranya demikian, ia akan menerima bantahan Sabah dan Sarawak.
“Semua rakyat di Borneo, tanpa mengira kaum dan agama, tidak mahu agama rasmi untuk persekutuan baharu itu.
“Permintaan itu munasabah. Lagipun, terdapat banyak negara yang mempunyai majoriti orang Islam di dunia tetapi tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi mereka, seperti Mesir dan Indonesia yang mempunyai penduduk Islam paling ramai,” kata Rahim.
Rahim turut berkata beliau secara peribadi lebih suka konsep seperti diamalkan Mesir dan Indonesia itu.’
Aminuddin berkata Rahim seolah-olah mempertikai Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan Sabah, dan berkata Rahim mungkin tidak mengetahui cara hidup masyarakat di Sabah yang harmoni termasuk kebiasaan “sebuah rumah boleh terdapat pelbagai agama”.
“Pemikiran seumpama Rahim Noor ini amat bahaya. Inilah nanti yang boleh menyebabkan ada segelintir rakyat mahu supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.