`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 22, 2017

PEMBANTU ROSMAH LANGGAR PERATURAN PERKHIDMATAN AWAM

SHAH ALAM – PKR tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah membuat aduan rasmi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam di atas pelanggaran terang-terangan kepada satu peraturan utama penjawat awam yang sering digunakan untuk menghukum penjawat awam yang simpati kepada pembangkang selama ini.
Naib Presidennya, Rafizi Ramli yang merujuk kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor yang didapati telah melanggar peraturan ini dan ia dianggap sesuatu yang tidak adil kepada penjawat awam yang lain.
 “Melalui semakan dengan Jabatan Perdana Menteri dan disahkan oleh laporan-laporan media menunjukkan seorang pegawai kerajaan yang bernama Datuk Rizal Mansor ini adalah berpangkat Ketua Penolong Pengarah (KPP), Bahagian Khas, Pejabat Perdana Menteri.
“Gred beliau boleh disahkan daripada senarai rasmi perjawatan kerajaan bagi Bahagian Khas, Pejabat Perdana Menteri seperti berikut; sebagai pegawai kanan kerajaan bergred M48 iaitu di dalam kumpulan pengurusan, beliau tertakluk kepada Peraturan 21(I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, yang menetapkan bahawa pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik,” katanya yang dipetik daripada Facebook Pakatan Harapan.
Rafizi turut menyenaraikan aktiviti Rizal yang secara terbuka berkempen dan menyertai kegiatan-kegiatan politik.
“Rizal telah berkempen secara rasmi bagi pihak BN di dalam PRK Kuala Kangsar pada 2016, merasmikan mesyuarat agung tahunan Pemuda Umno Kelana Jaya tahun 2017 serta mengeluarkan kenyataan-kenyataan politik dari semasa ke semasa termasuklah kenyataan terbaru semalam.
“Kalau ada cikgu yang beri ceramah, (mereka) kena tukar terus. Kita ada PTD yang buat kerja gila macam ni. Saya tak bersetuju.
“Apa isitimewa (Rizal)? Hanya bawa beg tangan Datin Seri Rosmah Mansor? Tunggulah, tinggal enam bulan saja lagi, selepas ini (PRU14), kami akan beri kamu beg lebih besar lagi,” ujarnya.
Dalam pada itu Rafizi juga akan membuat pelbagai tindakan susulan termasuk melalui Parlimen untuk memastikan tindakan tatatertib diambil ke atas Rizal yang memperlekehkan peraturan yang mengikat kesemua penjawat awam yang lain.
“Jika beliau dibiarkan berkelakuan begini, ia menimbulkan keadaan tidak adil jika ada penjawat awam yang lain juga bergiat aktif di dalam politik tetapi diambil tindakan.
“Sebab itu, kita kena kejar, sampai diambil tindakan,” katanya.
Sebelum ini, Rizal mencabar Rafizi untuk menjawab persoalan berkaitan dana berjumlah RM2.7 juta yang dibelanjakan oleh Invoke.
Rizal berkata, walaupun Rafizi dilihat seolah-olah telah menjawab persoalan yang dibangkitkan, namun hakikatnya beliau masih tidak menjawabnya secara jelas dan pada masa cuba mengalihkan isu.
– http://www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.