`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, December 16, 2017

IMAMS DIKUASAI SEBANGSA JHO LOW?

Pada 18 Disember sehingga 29 Disember 2017, difahamkan setiap permohonan visa umrah perlu membayar RM47.70 termasuk GST kepada Syarikat Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang dilantik oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC).
Kesemua 65 agensi pelancongan yang berstatus muassasah yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) telah diwajibkan untuk menggunakan IMAMS. Kemudian bermula 1 Januari 2018, setiap jemaah umrah perlu membayar insurans sebanyak RM90.10 termasuk GST.
Adakah dengan pelaksanaan IMAMS yang kononnya bertujuan untuk mengelakkan penipuan pakej umrah di negara ini, apa jaminan kerajaan tiada lagi berlaku penipuan? Adakah projek-projek segera ini hanya ingin memenuhkan kantung kroni sahaja?
Mengapa tanggungjawab ini perlu diswastakan dengan beban GST yang perlu ditanggung oleh jemaah umrah? Kerajaan Umno BN seakan tidak mempedulikan malah sebaliknya tetap mengenakan GST kepada umat Islam negara ini yang hendak menunaikan ibadah.
Sepatutnya kementerian yang berkaitan boleh melakukan sendiri pemantaun penipuan pakej umrah secara berkesan dan sekiranya terdapat kes penipuan, mana-mana syarikat atau agensi sepatutnya dikenakan tindakan berat.
Malah bukankah MOTAC sendiri telah menyenaraikan syarikat-syarikat pengendali umrah yang mempunyai lesen khas tersebut di portal? Apa yang cuba dilakukan kerajaan sekarang ini bukanlah satu penyelesaian malah menambah beban kepada rakyat.
MOTAC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa lembaga pengarah syarikat IMAMS adalah terdiri daripada warganegara Malaysia beragama Islam, manakala pemegang saham syarikat adalah daripada warganegara Malaysia beragama Islam dan syarikat-syarikat tempatan.
Terdapat persoalan yang perlu dijawab, adakah Pegawai Operasi IMAMS bernama Ryan Loh?  Malah mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat yang bernama Integrated Manasik System Sdn. Bhd terdiri daripada seorang Melayu selaku pengarah dan tiga orang Cina selaku Setiausaha. Adakah mereka yang bukan beragama Islam boleh menguruskan amal ibadat umat Islam di negara ini?
Saya berharap tiada Jho Low II dalam IMAMS yang kerajaan Umno BN cipta.
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti KEADILAN Rakyat
– MAILBAG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.