`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, December 16, 2017

OKU lemas semasa mahu selamatkan adik

Mangsa difahamkan terjatuh ke dalam sungai semasa mahu menyelamatkan adiknya daripada tergelincir.
lemas_600KUANTAN: Seorang remaja kelainan upaya (OKU) ditemui lemas selepas dia cuba menyelamatkan adiknya yang juga seorang OKU di Lata Lembik, Ulu Sungai Cheroh, Raub semalam.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Nor Dyana Abd Malek, 17, dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu pada 4.50 petang semalam, selepas gagal mengawal dirinya kerana keadaan yang licin.
Mangsa yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia difahamkan mahu menyelamatkan adiknya Siti Normala, 15, yang merupakan OKU mata daripada tergelincir semasa berkelah di kawasan rekreasi itu.
“Mangsa disyaki tersangkut di bawah batu dan sehingga 7.00 petang semalam, pasukan bomba dengan bantuan orang kampung termasuk Orang Asli cuba mengeluarkan mayat mangsa namun gagal kerana arus air yang sangat deras.
“Operasi bersambung semula 8.00 pagi tadi,” katanya semasa dihubungi di sini.
Wan Mohd Zahari berkata mangsa yang beralamat di Jalan Bukit Seladang, Bera itu datang menziarahi abangnya di Kampung Batu Malim, Raub pada Khamis lalu.
Dia bersama 13 anggota keluarganya kemudian pergi berkelah di Lata Lembik pada 3.20 petang semalam. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.