`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, March 19, 2018

ALHAMDULILLAH

Keadilan menjelma jua akhirnya.
Pejabat Peguam Negara dilapor sudah memfailkan rayuan terhadap hukuman ringan sekadar bon berkelakuan baik selama 5 tahun dengan jaminan RM20 ribu yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap Datin Rozita Mohamed Ali yang mengaku bersalah mendatangkan kecederaan parah kepada pembantu rumahnya.
Peguam Negara, Apandi Ali mengesahkan bahawa beliau telah mengarahkan rayuan difailkan terhadap keputusan mahkamah yang mencetuskan kemarahan orangramai itu.
Saya difahamkan notis rayuan sudah pun difailkan, kata beliau.
Sesungguhnya berita pemfailan rayuan oleh Pejabat Peguam Negara ini tentu saja memberi kelegaan kepada sesiapa juga yang cintakan keadilan dan membenci keganasan serta  ketidakadilan.
Tidak kira siapa pun – orang kaya, banyak harta dan bergelar Datin atau tinggal di kayangan sekali pun – ia bukanlah lesen untuk mereka melakukan kezaliman, penderaan dan kekerasan sehingga mendatangkan kecederaan kepada manusia yang lain.
Diharapkan dengan adanya rayuan dan perbicaraan semula nanti, keadilan dapat  dikembalikan dan Datin berkenaan akan menerima hukuman yang sewajarnya, sesuai dengan kesalahan yang dilakukannya.
Sudah tentu juga hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan nanti akan lebih berhati-hati dan meneliti semua aspek sebelum menjatuhkan hukuman yang setimpal.
Sementara itu, sebuah petisyen dalam talian turut diwujudkan untuk  mendesak hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap Datin berkenaan.
Sehingga ini hampir 20 ribu sudah menandatangi petisyen tersebut dan dijangka jumlahnya akan terus meningkat dalam tempoh beberapa jam lagi.
Kepada yang belum berbuat demikian, petisyen juga boleh ditandatangani di sini https://www.change.org/p/dato-equal-justice
Dengan semua perkembangan ini, tiada lain yang diharapkan selain keadilan, keadilan dan keadilan.
Alhamdulillah….
– http://shahbudindotcom.blogspot.sg/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.