`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 26, 2018

PM: UMAT ISLAM PERLU BERSATU, KETEPIKAN BEZA POLITIK

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menyaran umat Islam di negara ini mengetepikan perbezaan fahaman politik bagi mengelakkan perpecahan.
Perdana Menteri menyeru umat Islam agar bersatu-padu dan berpegang teguh kepada ajaran Islam dalam al-Quran dan Hadis.
“Kita bukan sahaja Islam tetapi pegangan kita sama iaitu bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah pimpinan Iman Shafie, sebab itu kita tidak patut berpecah kerana fahaman yang sama.
“Saya berharap kita dapat mencantumkan semula umat Islam di Malaysia yang dipecah-belahkan berikutan perbezaan fahaman politik,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) bersama Perdana Menteri, di sini hari ini.
Hadir sama isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Setiausaha Agung Perkim, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Sementara itu, Dr Mahathir turut melahirkan kesyukuran berikutan peralihan kuasa di negara berjalan dengan lancar tanpa sebarang keganasan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu
Beliau berkata di negara lain, kekecohan dan keganasan akan berlaku sehingga rakyat terbunuh apabila pemerintah gagal dan ditewaskan oleh parti lawan.
“Kita lihat di negara-negara Timur Tengah, apabila tukar kerajaan dari monarki ke kuku besi kepada sistem demokrasi dan mengadakan pilihan raya tetapi ia tidak berjaya untuk menubuhkan kerajaan berwibawa.
“Saya berasa amat gembira dan bersyukur pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bukan sahaja kerana kita mencatatkan kemenangan tetapi ia berjalan dengan baik. Peralihan kuasa juga berlaku tanpa keganasan.
“Alhamdullilah di Malaysia walapun pertukaran kerajaan berlaku tetapi tiada keganasan, pembunuhan dan sebagainya. Ini adalah sesuatu yang kita harus berterima kasih dan bersyukur kerana keamanan di negara ini,” katanya.
— Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.